Tuesday, August 5, 2014

TIPS SIHAT

Perbezaan Air Mineral Semula jadi (AMS) & Air Minuman Berbungkus (AMB)
Peraturan-Peraturan Makanan  1985 mensyaratkan bagi sesiapa yang mengambil air mineral semula jadi (AMS) atau air minuman berbungkus (AMB) untuk tujuan kegunaan  manusia dan diperdagangkan perlu  mempunyai lesen punca air tersebut.
Secara amnya semua air adalah sama, hanya kandungan bahan larut seperti mineral, bahan cemar dan bahan organik sahaja yang berbeza. Perbezaan ini bergantung kepada jenis punca, kaedah rawatan yang digunakan dan pemprosesan.
Kekeliruan yang biasa ditanya oleh pengguna
Ada pengguna yang keliru  dengan  penyataan osmosis berbalik, osmosis songsang, R.O Water, air suling dan  ozone water. Penyataan ini adalah merupakan jenis proses rawatan ke atas air yang dilakukan untuk air minuman berbungkus. Secara amnya proses rawatan tersebut adalah untuk menghilangkan bau, rasa, kontaminan organik dan klorin. Rawatan seperti penyulingan dan osmosis berbalik adalah untuk membuang atau mengurangkan mineral manakala ozon digunakan untuk membunuh kuman (disinfeksi).
Nasihat kepada pengguna
Pengguna harus tahu perbezaan di antara air mineral semula jadi dan air minuman berbungkus yang dibotolkan. Cara paling mudah untuk membezakan kedua-dua jenis air ini ialah dengan membaca label dan melihat pada penutup botol. Penutup berwarna putih untuk air minuman berbungkus dan pelbagai warna untuk air mineral semula jadi.
 
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : Norzalila Zanuri
Pengedar Sah Shaklee Kawasan :
Perak - Teluk Intan / Kampar / Ipoh
Selangor - Tg. Karang / K. Selangor / Jeram / Meru
Shaklee ID [ No : 1076619 ]
Tel : 019-6972707
Facebook : https://www.facebook.com/zalila.zanuri
Email : wardah_syifa@yahoo.com
----------------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Post a Comment

SIJIL HALAL SHAKLEE

SIJIL HALAL SHAKLEE

Recent Posts